Haram : Niat Muhyiddin, Tun M Jatuhkan Najib – Mufti Kelantan

KUALA LUMPUR – Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad mengingatkan orang ramai supaya tidak termakan ‘hasutan’ Presiden Parti Pribumi Bersatu (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengasasnya, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Beliau berkata demikian, selepas tindakan kedua pemimpin parti BERSATU itu mahu menjatuhkan Najib secara terbuka.

 

“Haram jika niat ingin menjatuhkan pemimpin apatah lagi menghasut rakyat seperti yang diluahkan Muhyiddin dan Tun Mahathir secara terbuka baru-baru ini.

 

“Sejarah Wali Songo berhadapan dengan kerajaan Majapahit sangat kejam terhadap rakyat di tanah jawa. Para wali sendiri tidak berani menjatuhkan pemimpin (Umaroq). Adakah ilmu kita lebih daripada pengajian wali ini?,”soalnya.

 

Beliau turut mempersoalkan adakah kepimpinan Najib terlalu kejam sehingga menentang Islam.

 

“Kerajaan yang dipimpin Datuk Seri Najib tidak sekejam kerajaan Majapahit, kenapa kita perlu jatuhkan beliau adakah beliau menghalang penyebaran Islam di negara ini?”soalnya lagi.

 

Terdahulu, parti BERSATU membawa Deklarasi Rakyat secara terbuka yang mendesak Najib berundur. – SuaraTV

 

2 thoughts on “Haram : Niat Muhyiddin, Tun M Jatuhkan Najib – Mufti Kelantan

  • October 31, 2016 at 11:26 am
    Permalink

    Ya tuan mufti Kerajaan, jgn melihat satu sudut je. Kang tersudut… Memang najib x halang perkembangan islam, tapi tindakan lain2 dia banyak yang menganiaya kerajaan..

    Reply
  • November 1, 2016 at 8:19 pm
    Permalink

    Aku fikir kalau madey dan konco2nya memerintah, lagi huru-hara jadinya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.