‘BERSATU Akan Hancur, Jika Tak Mampu Selesai Masalah Dalaman’

Seorang bekas ahli Persatuan Pribumi Bersatu (PPBM) melahirkan perasaan kecewanya terhadap ahli-ahli parti itu.

 

Saheme Hashim yang menulis di laman Facebooknya mengakui jika ahli itu tidak mampu menyelesaikan masalah berbangkit, maka ia akan menjadi parti yang lemah.

 

“BERSATU sangat lemah jika tak mampu selesai masalah berbangkit dari dalam serta dari musuh-musuh.

 

“Semua ini dapat dielakkan jika isu yang dibangkitkan diberikan perhatian serius dan diselesaikan segara. BERSATU akan kuat jika semua isu berbangkit diselesaikan sebaliknya akan sangat lemah hanya mampu mendiamkan diri tanpa mengambil sebarang tindakan.

 

“Banyak benda yang saya komen, tapi semuanya demi kebaikan BERSATU. Memanglah pahit nak terima komen, sebab kebanyakkan ubat itu pahit.

 

“Kita tak mahu BERSATU berpuak-puak. Saya timbulkan isu secara terbuka agar pemimpin-pemimpin bersatu faham apa yang berlaku dan tindakan diambil segera untuk menangani semua masalah-masalah ini. Saya yakin BERSATU akan lagi kuat bila masalah-masalah ini diselesaikan. Saya bimbang jika masaalah-masalah ini didiamkan tanpa diselesaikan sekarang, ia mungkin diguna pihak musuh semasa PRU nanti atau akan wujud pihak-pihak yang tidak puas hati dengan pimpinan BERSATU kerana tidak bertindak menyelesaikan isu-isu berbangkit.

 

“Maka akhirnya akan wujud Team A dan Team B di dalam BERSATU yang akan menghancurkan BERSATU. Perebutan jawatan dalam AGM bukan lagi atas capasiti individu, tetapi Team A lawan Team B. Terbukti dalam PAS dan UMNO bila wujud Team A dan Team B. Maka parti akan hancur.

 

“Kita komplen UMNO tak boleh tanya atau tegur. Kita tak suka cara UMNO pecat mereka-mereka yang komen dan tegur. Jadi kalau BERSATU pun tak boleh komen dan tegur, maka samalah BERSATU dengan UMNO,”katanya petik tulisan itu.

 

Terdahulu katanya, dia sudah mengagak sekiranya masuk ke kancah politik hanya meletakkan dirinya dalam kancah fitnah dan tohmahan.

 

Tambahnya, hanya disebabkan dia mengetuai gerakan deklarasi rakyat dan Kp GKCM Kedah dan bukan memegang jawatan mana-mana sekalipun.

 

Saheme yang kecewa kerana berdaftar sebagai ahli parti itu berkata, hanya disebabkan membawa sukarelawan berjumpa pengasas parti, Tun Dr Mahathir Mohamad, dia lalu dituduh membuat cubaan untuk melobi jawatan tersebut.

 

“Saya dituduh nak lobi jawatan dan nak rampas kuasa. Bila dah jadi ahli kena komen macam-macam. Ada yang tuduh saya nak rampas kuasa di Kedah, kuasa apa saya pun tak tahu. Macam-macam fitnah dan tohmahan.

 

“Sebenarnya saya nak tolong BERSATU tambah ahli dengan tidak mengganggu perjalanan pendaftar yang dah diwujudkan itu. Kita namakan’ team’ tambahan ini sebagai sukarelawan, kita cari orang dan bawak pergi jumpa Tun M untuk bagi motovasi sebelum pelancaran, tapi lagi teruk fitnah datang. Seolah-olah kita wujudkan ‘team’ untuk nak rampas kuasa,”ujarnya.

 

Katanya, kini dia berasa lega selepas membuat keputusan keluar daripada parti itu.

 

“Untuk elak fitnah berterusan saya istihar keluar BERSATU dan ternyata tindakan saya ini disukai oleh mereka-mereka yang menfitnah dan mentohmahkan saya dulu. Saya yakin saya dah berjaya mengurangkan tekanan dalam BERSATU bila saya yang dianggap ‘duri dalam daging’ sudah keluar.

 

“Saya nak jelaskan disini, saya bukan orang politik. Pertimbangan saya tidak berasaskan pandangan politik. Saya hanya berpegang yang benar itu benar dan yang salah itu tetap salah.

 

Katanya, sekiranya melakukan perkara yang betul, tiada siapa yang boleh viralkan perkara tidak betul melainkan fitnah.

 

“Kalau saya tak komen dan viral pun… sesiapa pun boleh komen dan viralkan kerana semua yang saya komen tu dah jadi maklumat umum.

 

“Yang penting saya tak pernah buat tohmahan jahat atau fitnah atau mereka cerita melainkan semuanya mempunyai asas yang kukuh.

 

Katanya dia berlapang dada sekiranya sesiapa sahaja boleh membuktikan komen-komenya itu fitnah atau berniat jahat.

 

“Tunjukkan dan BUKTIKAN!. Jangan cepat menuduh semua yang bagi komen tu semua berniat jahat hanya kerana siu yang dibangkitkan tidak sedap didengar,”katanya.-SuaraTV

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.