Syazwan Nekad Berhenti Berlakon

Pelakon Syazwan Zulkifly nekad berhenti dari bidang lakonan selepas mengakui berdepan masalah dalam hubungan cinta dan keluarganya.

 

 

Khamis lalu, pelakon filem Juvana ini memuat naik status kenyataan bahawa dia nekad meninggalkan kerjaya lakonannya sebaik saja selesai penggambaran sebuah drama terbitan RTM.

 

 

Memetik laporan Mangga Online, Syazwan mengakui tidak kuat untuk meneruskan bidang glamor itu apabila berdepan dengan hubungan dingin dengan kekasihnya iaitu pengacara program hiburan, Shenty Feliziana.

 

 

“Saya putus asa. Kalau orang kata saya tak kuat, iya, memang saya tak kuat untuk berhadapan dengan situasi ini.

 

 

“Ini masalah peribadi yang pasti akan merosakkan nama saya. Jadi sebelum saya kena ‘gam’ oleh mana-mana pihak, lebih baik undur diri.

 

 

“Saya sayangkan kerjaya ini, tetapi jika apa yang akan berlaku nanti menyebabkan ibu bapa saya menderita, lebih baik berhenti. Saya sayangkan ibu saya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.