Selepas Rajinikanth, Limosin Hello Kitty Sepatutnya Bawa Amber Chia

KUALA LUMPUR – D’Cinema Sdn Bhd, syarikat rasmi yang mempunyai lesen untuk menguruskan kru pelakon Tamil Rajinikanth, kecewa dengan kejadian yang berlaku ketika ketibaan bintang terkenal itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada Isnin lalu.

 

Pemilk syarikat itu, Ravi Maraz berkata, syarikat berkenaan sepatutnya menguruskan keperluan semua kru, tetapi Malik Streams Sdn Bhd telah menghubungi penerbit terbabit dan menawarkan untuk mengatur perkhidmatan pengangkutan untuk Rajinikanth.

 

“Mereka hubungi (kami) baru-baru ini untuk mencadangkan pembelian hak pengedaran filem Kabali yang Rajinikanth jalani penggambaran di sini.

 

“Disebabkan mereka (Malik Streams) beritahu telah uruskan pengangkutan, kami tidak masuk campur, tetapi kami terkejut (dengan berita) mereka rampas limo yang ditempah untuk acara lain, pada sebelah malam di Sunway,” kata Ravi.

 

Limusin itu telah ditempah untuk membawa peragawati, Amber Chia ke majlis perasmian Hello Kitty Gourmet Café, pada hari sama.

 

“Saya tidak kata dia (Malik) tipu. Mungkin mereka sudah menempah limo itu, tetapi daripada pemahaman saya, mereka tempah dari jam 2 petang hingga 4 petang. Mereka tidak sepatutnya menggunakan perkhidmatan limusin itu selepas waktu tempahan tamat.

 

“Ia tidak memberi tanggapan baik kepada kami sebagai ejen rasmi, juga kepada negara kita. Saya tidak boleh minta kru dari India atau Rajinikanth untuk memberi kenyataan berhubung perkara ini, kerana mereka ada perkara lebih penting untuk dilakukan.

 

“Saya boleh bercakap bagi pihak mereka, bahawa ini tidak profesional,” kata Ravi.

 

Dalam kejadian Isnin lalu, Pengarah Urusan Malik Streams Sdn Bhd, Abdul Malik Dasthigeer dipetik The Malay Mail sebagai berkata, beliau bingung dengan tuduhan kononnya mereka telah memaksa pemandu limusin untuk menghantar Rajinikanth dari KLIA ke Melaka.

 

Abdul Malik dilaporkan sebagai berkata, beliau “tidak merampas kereta itu, sebaliknya telah menempah ia dengan harga RM2,500″.

 

Susulan itu, Abdul Malik membuat laporan polis terhadap tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

 

Beliau yang dipetik akhbar itu berkata, ” kenderaan itu telah digunakan untuk sebuah acara dan pelekatnya tidak ditanggalkan, apabila ia digunakan untuk membawa Rajinikanth.

 

Amber Chia sepatutnya dijemput di KLIA pada jam 6 petang, untuk menghadiri pembukaan kafe itu pada jam 7.30 malam Isnin lalu. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.