Ranking Ke-10 Dunia Milik Chong Wei

Sukar untuk mempercayai bahawa Datuk Lee Chong Wei menghuni ranking dunia ke-180 selepas mengakhiri penggantungannya selama lapan bulan namun pemain perseorangan negara telah kembali dalam senarai 10 pemain terbaik dunia.

 

 

Menurut senarai terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Chong Wei melonjak sembilan tangga daripada ranking ke-19 susulan kejuaraan Terbuka Perancis pada Ahad lalu.

 

 

Sementara itu, beregu veteran lelaki Koo Kien Keat-Tan Boon Heong juga kembali dalam kelompok 20 terbaik di tangga ke-19, hanya lima tangga belakang Goh V Shem-Tan Wee Kiong.

 

 

Terbuka China dan Terbuka Hong Kong menjadi tumpuan pemain-pemain negara pada bulan November demi mempertingkatkan peluang mereka jaminkan kemaraan ke temasya Sukan Olimpik, Rio 2016.-Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.