Maria Chin Bakal Didakwa

KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah bakal didakwa atas kesalahan menganjurkan perhimpunan Bersih 4 dua hari berturut-turut pada bulan Ogos.

 

 

Perkara ini disahkan oleh Sekretariat Bersih 2.0, Mandeep Singh melalui laman Twitternya.

 
Mandeep berkata Maria akan didakwa mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012, pada 3 November di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

 
Perhimpunan itu yang diadakan pada 29 Ogos hingga tengah malam 30 Ogos lepas ialah perhimpunan keempat dianjurkan Bersih 2.0 dalam tempoh lapan tahun.

 
Lima tuntutan Bersih 4 termasuklah pilihan raya bebas dan adil, sebuah kerajaan yang telus, hak untuk berdemonstrasi, mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi negara.

 
Pada 28 Ogos lepas, Polis telah mengkategorikan Bersih 4 sebagai perhimpunan haram susulan kegagalan pihak penganjur memperoleh kebenaran daripada pemilik premis untuk tujuan menggunakan lokasi berkenaan.

 
Menurut polis, mereka yang menyertai perhimpunan tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.-Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.