‘Kami bukan Superman’- Seorang Anggota Polis

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna Facebook, Noorhidayu Mohamed Noor memuat naik status meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sikap seorang anggota polis yang menjawab panggilan telefon kecemasan.

 

 

Norhidayu yang mendakwa diberi jawapan yang tidak berasas oleh anggota polis berkenaan selepas mengadu diganggu oleh sekumpulan pembuli bermotor dalam berjalanan pulang ke Kelantan dan insiden itu belaku di daerah Kahang, Johor.

 

 

 

Aksi video yang pernah menjadi viral di media sosial baru-baru ini menunjukkan mereka sekeluarga telah diganggu oleh tiga penumpang motosikal yang bertindak mengacah serta menyimbah cecair ke atas cermin kereta yang dipandu.

 
Terdahulu, menurut mangsa, tiga lelaki berkenaan kelihatan seperti pelajar sekolah menengah, bagaimanapun wajah mereka tidak jelas kerana terselindung disebalik topi keledar yang dipakai suspek.

 
Risau dengan perbuatan tiga lelaki tersebut, mangsa berkenaan membuat panggilan kecemasan ‘999’ untuk melaporkan kejadian tersebut.

 

 

 

Tetapi mereka diminta untuk membuat laporan di balai polis yang berdekatan. Oleh itu, mangsa terpaksa meneruskan perjalanan sambil diganggu dan akhirnya berjaya singgah di Balai Polis Kahang.

 

 

 

Menurut kenyataan status yang dimuat naik itu juga, perbualannya dengan pegawai tersebut amat mengecewakan kerana jawapan yang diterima dilihat sebagai tidak profesional dan tidak bertanggungjawab.

 

 

 

Tambahan pula, pegawai polis tersebut didakwa mengakui mereka bukan ‘Superman’ yang boleh muncul apabila mereka meminta bantuan kecemasan.

 
Sementara itu, Noorhidayu turut mempersoalkan sikap pegawai polis di negara ini yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat serta negara.

 

 

“Kalaulah ini sikap pegawainya, maka tidak perlulah pelik kenapa jenayah semakin berleluasa.

 

 

 

“Kalau di bangku sekolah mereka sudah berani buat begini, besar nanti jangan mereka yang mengacukan pistol kat kepala kau sudah. Beribu batu perjalanan kami, di bumi Malaysia juga keselamatan kami diancam,” Noorhidayah mengakhiri tulisannya.

 
Status tersebut telah dikongsi lebih dari 21 ribu pelayar media sosial tersebut.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.