Bergaduh, Wanita Maut Di Lereng Bukit

KUALA LUMPUR – Seorang wanita maut akibat terjatuh dari lereng bukit di Jalan Bukit Permai 1, Taman Bukit Permai dekat sini tengah malam tadi selepas dipercayai bergaduh dengan teman lelakinya.

 

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Supt Nazri Nawawi berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah malam.

 

 

“Sebelum mangsa terjatuh, seorang saksi telah melihat mereka bergaduh dan dipercayai teman lelaki berusia 35 tahun itu telah menampar mangsa yang berusia lingkungan 20-an sehingga wanita berkenaan dikatakan tercampak ke bawah bukit.

 

 

“Hasil siasatan polis mendapati mangsa terjatuh dari ketinggian 26 meter,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

 

 

Berikutan itu, lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

 

 

Nazri berkata mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.