Video: Sidang Parlimen, Pembangkang Puji BR1M Dan Hospital Kerajaan

Kuala Lumpur – Walaupun sebilangan besar pembangkang menghentam pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) dan kemudahan hospital yang disediakan kerajaan namun dua Ahli Parlimen mereka bersifat lebih terbuka dengan mengakui kebaikan yang dilakukan kerajaan.

Ia dibuktikan dalam ucapan perbahasan bajet 2015 oleh Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat dan Ahli Parlimen DAP Rasah, Teo Kok Seong.

Che Rosli mengakui rakyat Selangor antara yang paling ramai mendapat BR1M dan sewajarnya semua bersyukur dengan pemberian ini.

Beliau merakam ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atas pemberian tersebut dan mohon Allah SWT membalas kebaikkannya.

Manakala Teo pula berterima kasih kepada kakitangan Hospital Tengku Ja’afar, Seremban yang bertungkus lumus menyelamatkan anaknya yang baru dilahirkan dua minggu lalu dan kini masih dirawat dalam unit rawatan rapi (ICU). – BNBBC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.