Video: Selepas Bergaduh, Lelaki India ‘Diculik’ Ahli Keluarga Isteri

Kuala Lumpur – Seorang lelaki dipercayai berstatus Datuk Seri yang berkelahi dengan isterinya ‘diculik’ oleh ahli keluarga isterinya di luar restoran di Taman Sri Manja di sini, lewat petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Azmi Abu Kassim, seorang wanita berstatus Datin Seri telah mengarahkan ahli keluarganya untuk membawa suaminya yang berusia 53 tahun pulang ke rumah.

“Dia mahu suaminya pulang supaya perselisihan pendapat antara mereka dapat diselesaikan. Dia mahu mengelak pertelingkahan di tempat awam,” katanya.

Namun, insiden itu menimbulkan salah faham kepada seorang pelanggan restoran terbabit.

Rakaman video menunjukkan seorang lelaki berkelahi dengan beberapa individu dan diheret masuk ke dalam sebuah kereta di sebuah restoran, dimuat naik secara dalam talian.

Malah, pelanggan tersebut turut membuat laporan polis bimbang insiden ‘penculikan’ berlaku.

Video tersebut menjadi viral di laman media sosial.

Tambah Azmi lagi, mangsa ‘culik’ berkenaan kini selamat dengan keluarganya.

“Kumpulan penyiasat sedang menghubungi mangsa. Dia kini selamat bersama isteri dan dalam perjalanan ke ibu pejabat polis PJ ditemani isteri dan empat ahli keluarga mereka untuk disoal siasat,” kata Azmi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.