Video: Roket Bawa Bekalan Untuk Angkasawan Di ISS Meletup

Cape Canaveral – Sebuah roket angkasa lepas komersial, Antares yang membawa sebuah roket kargo Cygnus bagi menghantar bekalan ke stesen Pusat Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) meletup sebaik sahaja dilancarkan, awal pagi semalam di Florida.

Roket angkasa milik Orbital Sciences Corp tanpa pemandu setinggi bangunan 14 tingkat itu meletup dan terbakar enam saat sejurus dilancarkan di kompleks pelancaran angkasa lepas Wallops Island, Virginia pada jam 6.22 petang waktu tempatan.

Bagaimanapun syarikat pemiliknya berkata setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dan kerosakan yang berlaku hanya membabitkan kemudahan di tapak pelancaran itu.

Akibat letupan, api besar dilaporkan menjulang ke awan dan boleh dilihat dengan jelas ketika matahari sedang terbenam.

Roket kargo Cygnus yang dibawa Antares itu membawa muatan 2,267 kilogram bahan untuk kegunaan enam angkasawan yang kini tinggal di ISS.

Ia adalah perjalanan keempat roket berkenaan membawa kapal angkasa Cygnus ke makmal orbit selepas perjalanan pertamanya setahun lalu.

Selain roket angkasa yang dimiliki syarikat Orbital Sciences yang berpangkalan di Virginia, NASA juga membiayai misi syarikat Space-X yang berpangkalan di California untuk memastikan stok di ISS.

Menurut pengulas misi pelancaran NASA, Dan Huot, setakat ini punca kejadian masih tidak diketahui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.