Tiga Penyokong Pahang Pengsan Ketika Beli Tiket

Temerloh – Penjualan tiket di Stadium Mini Temerloh tidak terkawal sehingga menyebabkan peminat-peminat bola sepak terpaksa berebut dan berasak-asak untuk mendapatkan tiket sebaik sahaja kaunter tiket dibuka pada pukul 10 pagi ini.

Keadaan tersebut menyebabkan tiga peminat bola sepak termasuk seorang warga emas pengsan dan terpaksa di bawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh.

Malah terdapat juga peminat yang cedera ringan akibat dibaling objek keras dan juga terjatuh ke dalam longkang. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.