Tangani Persepsi Negatif Proton

Cyberjaya – Proton berusaha untuk menangani persepsi negatif rakyat Malaysia terhadap kereta keluarannya dengan menambah baik dan menaik taraf setiap model baharu

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kereta Proton hari ini menunjukkan prestasi lebih baik berikutan ia dijana oleh enjin yang cekap.

“Setiap model baharu Proton merupakan penambahbaikan daripada yang sebelumnya. Proton bermula dengan mengeluarkan kereta biasa, seperti Proton Saga, tetapi kereta Proton hari ini sangat sofistikated,” katanya dalam ucaptamanya pada Seminar Memperkasa Industri Automotif Negara di sini hari ini.

Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Proton, berkata rakyat Malaysia masih tidak berkeyakinan bahawa Proton mengeluarkan kereta yang baik berikutan kebanyakan pengguna hanya mengingati generasi awal Proton yang tingkap automatiknya tidak berfungsi.

“Hari ini tingkap automatik kereta Proton turun dan naik dengan cekap,” katanya, sambil menambah Proton berusaha untuk mengeluarkan kereta bertaraf dunia.

Beliau berkata kereta Proton hari ini sebaik kereta yang diimport dan lebih murah, seperti Proton Iriz yang baru dilancarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.