Suspek Militan India, Tara Dipercayai Rancang Masuk Malaysia

India – Suspek militan India yang bertanggungjawab mengebom kenderaan seorang menteri di negara Asia Selatan itu kini dipercayai bersembunyi di selatan Thailand, lapor The Nation.

Pihak perisikan India dilaporkan sudahpun mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Thailand.

Pihak berkuasa Thailand percaya, Jaktar Singh Tara merancang untuk menyeludup masuk ke Malaysia melalui sempadan Sungai Golok sebelum terbang ke Pakistan.

Sehubungan itu, pasukan keselamatan Thailand diarah melipatgandakan kawalan di sempadan.

Tara meloloskan diri dari penjara di India dengan bantuan rakan-rakannya yang menggali terowong.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.