Serangan Bom Kereta Ngeri Di Baghdad

Baghdad – Sekurang-kurangnya 42 orang dilaporkan terkorban dalam dua serangan bom kereta di Baghdad dan tengah negara itu.

Serangan di Baghdad berlaku di sebatang jalan utama yang menempatkan kedai, hotel dan restoran di daerah Karrada.

Letupan mengakibatkan sekurang-kurangnya 15 terbunuh dan 23 yang lain cedera dan beberapa bangunan turut rosak.

Sementara di pinggir Jurf Al Sakhar, seorang penyerang nekad yang memandu kenderaan dengan muatan bahan letupan merempuh pos kawalan tentera.

Sekurang-kurangnya 27 maut, 25 yang lain cedera.

Setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.

Kumpulan militan IS gagal menguasai bandar berkenaan selepas digempur oleh tentera dan kumpulan militan tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.