Ribut Petir Di Perairan Sabah Berterusan Hingga Khamis

Kuala Lumpur – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran aktiviti ribut petir yang berlaku di pedalaman dan pantai barat perairan Sabah akan berterusan sehingga awal pagi Khamis ini.

Dalam kenyataan di sini pada Rabu, jabatan itu memaklumkan ribut petir yang berlaku di perairan Labuan turut dijangka berterusan sehingga awal pagi esok dan keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil.

“Ribut petir boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak setinggi 3.5 meter,” menurut kenyataan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.