Raja Azmi Kecewa, Pihak Pengurusan Tidak Beri Alsan Kukuh

Petaling Jaya – Setelah dilarang untuk mengadakan pertemuan bersama pelajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Gombak, Selangor pada 18 Oktober lalu, penerbit filem dan penulis novel sensasi, Raja Azmi sekali lagi menerima nasib yang sama apabila penyertaannya untuk memberi ceramah sempena ArtFest iaitu satu festival seni di Universiti Teknologi Mara (UiTM) baru-baru ini dibatalkan.

Terkejut dengan pembatalan pada saat-saat akhir itu, Raja Azmi meluahkan rasa kecewanya apabila pihak pengurusan UiTM tidak memberi sebarang alasan kukuh berkaitan pembatalan tersebut.

Haknya dinafikan oleh pihak UiTM atas alasan dia seorang selebriti yang penuh dengan kontroversi peribadi. Mengakui sangat terkilan, Raja Azmi menyifatkan sesetengah pihak tidak profesional dalam menangani perkara berkenaan. Ikuti temu bual Kosmo! bersama penulis novel ‘Black Widow’ yang pernah mencecah jualan sebanyak 70,000 naskhah pada tahun 1993 itu.

“Saya diundang untuk berdialog dengan pelajar UiTM dan berkongsi pengalaman terutamanya dalam bidang penulisan sempena ArtFest anjuran Kelab Pengurusan Seni Anomalist UiTM di Shah Alam. Namun, setelah saya tiba ke pekarangan lokasi festival tersebut pada 26 Oktober lalu, saya menerima sepucuk surat memaklumkan bahawa penyertaan telah dibatalkan. Saya tidak dibenarkan untuk mengadakan sebarang sesi dialog bersama pelajar-pelajar tersebut. Saya berasa sangat terkilan dan tidak dihormati apabila pihak pengurusan bertindak sedemikian dengan membatalkan slot saya pada saat-saat akhir.

“Tidak ada sebarang alasan kukuh yang diberikan, cuma, setelah saya sampai, salah seorang wakil daripada pihak pengurusan datang kepada saya dan memberitahu bahawa pihak atasan tidak mahu saya memberikan sebarang ceramah. Dia juga memberitahu bahawa kontroversi peribadi saya sebelum ini merupakan antara faktor kenapa saya dibatalkan untuk menyertai program tersebut.

Saya rasa pembatalan ini merupakan sesuatu yang sungguh tidak adil. Selain daripada tidak menghormati saya sebagai seorang tetamu jemputan, mereka juga menjejaskan kredibiliti saya sebagai seorang penulis novel”, katanya penulis novel ‘Karkuma’ ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.