Polis Berbalas Tembakan Dengan Perompak Bersenjata, 2 Perompak Disyaki Terbunuh

Kota Kinabalu – Polis mengepung empat blok rumah kedai di Penampang selepas berlaku insiden berbalas tembakan antara polis dan kumpulan yang dipercayai perompak bersenjata.

Pemilik kedai diarahkan untuk menutup premis mereka dan pemilik kenderaan diarahkan untuk mengalihkan kenderaan mereka kerana polis memberi tumpuan terhadap salah sebuah kedai yang terletak di tengah blok bangunan tersebut.

Jurugambar tidak dibenarkan untuk mengambil gambar manakala Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Ratan Kumar dilihat mengarahkan anak buahnya dan menasihatkan orang ramai untuk meninggalkan lokasi itu.

Beberapa individu yang berada dekat dengan lokasi kejadian berkata, mereka terdengar bunyi tembakan dilepaskan dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu.

Sementara itu, beberapa saksi lain mendakwa dua individu disyaki perompak terbunuh.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.