Kes LIwat II: Istana Kehakiman Lengang

Putrajaya – Pekarangan kompleks Istana Kehakiman, di sini lengang pada hari ketiga rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kesalahan liwat yang didengar di Mahkamah Persekutuan, hari ini.

Setakat jam 9.30 pagi tadi hanya petugas media dan kira-kira 50 penyokong Anwar berkumpul di luar pekarangan bangunan menempatkan Mahkamah Persekutuan itu.

Anggota polis dan RELA bagaimanapun meneruskan kawalan ketat dengan menempatkan anggotanya di sekitar kompleks Istana Kehakiman dan menyaring mereka yang masuk ke dalam kawasan mahkamah.

Beberapa jalan turut ditutup di sekitar Putrajaya untuk memberi laluan kepada persiapan penganjuran Festival Kesenian Islam 2014 yang akan berlangsung pada 1 November ini.

Perbadanan Putrajaya juga turut menutup beberapa lokasi di sekitar Istana Kehakiman dipercayai bagi mengelakkan peniaga mengambil kesempatan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran.

Kawasan di tepi Istana Kehakiman itu dipasang pita kuning bagi menghalang penjaja berniaga di kawasan itu yang mula berniaga sejak semalam.

Turut diletakkan ‘Notis dilarang menjaja tindakan kompaun dan sitaan UUK3 Akta Kerajaan Tempatan’.

Semalam Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj),  memberi amaran kepada penjaja yang membuka gerai makanan dan minuman tanpa kebenaran PPj di situ supaya menghentikannya sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang.

Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan terakhir Anwar, 67, terhadap sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sementara itu, Anwar tiba di mahkamah pada jam 9 pagi dan terus memasuki kamar mahkamah untuk perbicaraan.

Mahkamah 5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mahkamah 4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mahkamah 2

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mahkamah 1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.