Kes Liwat II Anwar Di Sambung Esok

Putrajaya – Rayuan akhir Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masuk hari ketiga di Mahkamah Persekutuan bersambung esok selepas Ketua Pendakwaan, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memohon penangguhan bagi membolehkan pihak pendakwaan meneliti penghujahan empat peguam bela yang mewakili perayu.

Muhammad Shafee memaklumkan beliau memerlukan masa untuk menyediakan hujahan balas dan memohon prosiding ditangguhkan ke esok pagi.

Ini kerana, katanya, 15 peratus daripada penghujahannya adalah baru.

Shafee akan memulakan penghujahannya esok pagi.

Hakim Mahkamah Persektuan, Tun Ariffin Zakaria kemudiannya memutuskan prosiding perbicaraan itu akan disambung sehingga Isnin depan.

Perkembangan itu menyaksikan tempoh prosiding kes melibatkan Anwar ini dilanjutkan dari hanya dua hari kepada lima hari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.