Kerajaan Kaji Skim Penstruktur Semula Subsidi Bahan Api – PM

Dubai – Kerajaan masih dalam proses mengkaji struktur skim penstrukturan semula subsidi bahan api baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Masih terlalu awal (untuk mengumumkannya) kerana kita masih di peringkat meminta cadangan. Jadi sistem yang ada sekarang akan diteruskan. Kami akan memutuskannya apabila kami mendapat cadangan terbaik dengan pakej lengkap,” kata beliau kepada pemberita Malaysia pada lewat Rabu.

Najib sedang dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Dubai bersempena dengan Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-10 (WIEF) yang berakhir pada Khamis.

Apabila ditanya tentang tempoh masa, Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata “orang ramai akan dimaklumkan tentangnya pada pertengahan tahun depan.”

Najib berkata skim baharu itu yang dilaporkan dibahagikan kepada tiga peringkat, mengikut pendapatan bulanan, hanya merupakan sebahagian daripada cadangan.

Dicadangkan bahawa mereka yang berpendapatan bawah RM5,000 akan terus menikmati subsidi bahan api manakala mereka yang berpendapatan melebihi RM10,000 tidak layak mendapatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.