Video: Netizen Puji Zizan Razak Bantu Selamatkan Pemandu Tertidur Dalam Kereta

KUALA LUMPUR — Aksi pelakon Zizan Razak menggoncang kereta di bandaraya Georgetown, Pulau Pinang petang semalam bukan lakonan tapi memang benar-benar berlaku depan mata.

Artis komedi itu bersama rakan-rakannya membantu menyelamatkan seorang pemandu yang tertidur hampir 30 minit dalam kereta BMW di satu persimpangan jalan raya.

Keprihatinan Zizan bersama orang awam ditunjukkan ketika mereka melalui simpang lampu isyarat Jalan Sungai Pinang ke Persiaran Karpal Singh.

“(Mereka) yang lalu lalang singgah membantu… Kejut goncang kereta tak jalan jadi terpaksa ambil jalan terakhir untuk pecahkan cermin kereta.

“Alhamdulillah semuanya selamat,” kata jurugambar peribadi Zizan Razak, Amir Yasin di Instagram.

Klip video berdurasi 1 minit 38 saat itu kini ditonton lebih 2,400 kali, dan mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Rakaman itu turut tular di Facebook, yang memuji Zizan dan orang awam “terbaik” kerana membantu.

Rose Penang: Kerana terlelap tidur, cermin kereta hang kena pecah sebab nak bantu hang melayang duit hang ye..terima kasih yang membantu…

Ain Nur Md Isa: Uishhh mengantuk sungguh ni…lama juga la 30 minit lelap….mahal pun tak pa lah owner [pemilik] kaya. Orang ramai tak tahu cermin mana mahal depa nak bantu dia ja.

Wannur Izzatiizyan: Tahniah pembantu. Menyelamatkan nyawa. Kalau tidur tingkap tak buka sikit pun boleh membawa maut

Yasmeen Sofea: Duit boleh beli cermin baru. Cermin boleh dibeli/diganti kat ‘service centre’. Nyawa ada mehhhh? – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.