Pengurusan LTAT Dakwa Banyak Bayar Dividen 2016, 2017 Punca Dividen 2018 Merosot

LEMBAGA Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mengumumkan dividen sebanyak dua peratus berjumlah RM161.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018 (TK18) yang dilihat selari dengan kedudukan kewangannya.

Bagi tahun kewangan sama, LTAT melaporkan pendapatan bersih sebanyak RM221 juta, dengan penurunan ketara sebanyak 51.9 peratus berbanding pendapatan bersih yang dinyatakan semula sebanyak RM459.5 juta bagi tahun kewangan 2017.

Pengerusi LTAT, Jeneral Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata, LTAT kekal komited dalam menjana dividen yang mampan bagi ahlinya, iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Katanya, melihat kepada keadaan kewangan yang dihadapi oleh LTAT pada TK18 dan bagi memastikan tabung ini dapat terus berkhidmat kepada ahli, lembaga mengisytiharkan dividen dua peratus.

“Penurunan yang ketara bagi pendapatan LTAT untuk TK18 adalah disebabkan oleh pelbagai faktor berdasarkan dua tahun kewangan yang lalu.

“Antaranya adalah penyataan semula akaun tahun kewangan 2016 dan 2017 yang disebabkan oleh urus niaga penjualan tanah yang belum dimuktamadkan dan teguran dari Jabatan Audit Negara,” katanya pada sidang media keputusan kewangan LTAT di Kuala Lumpur, hari ini.

Mohd Zahidi berkata, pembayaran dividen di luar kemampuan bagi 2016 dan 2017 turut menjadi penyebab kepada kemerosotan kedudukan kewangan LTAT pada 2018.

Bagi tahun kewangan 2017, LTAT mengumumkan dividen sebanyak 12.5 peratus kepada ahlinya yang dilihat terlalu berlebihan dan diluar kemampuan tabung itu.

Tabung itu juga pada 2016 dan 2015 turut mengisytiharkan dividen sebanyak 12 peratus kepada ahlinya manakala bagi tahun 2014 dan 2013, ahli LTAT menikmati dividen masing-masing sebanyak 15 dan 16 peratus. – Hmetro

Lain-lain berita;

Ekonomi Negara Merosot, Pemimpin PH Pula Sibuk ‘Main Catur’ Sesama Sendiri – Ku Li

PNB Umum Dividen 2018 ASB 7 Sen Seunit, Merosot Berbanding Tahun Lalu

Kadar Dividen KWSP Merosot, Tapi Lim Guan Eng Dakwa Prestasi Terbaik

Bonus Tabung Haji Terendah Dalam Sejarah, Menteri Salahkan Kerajaan Terdahulu

Mujahid Guna Perkataan Tahi, Tak Tahan Diasak Isu Jual Aset Tabung Haji

Mujahid Turut Tolak Desakan Tubuh RCI Siasat Pengurusan Tabung Haji

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.