VIDEO: Isu Kerajaan Perpaduan Sudah Tutup, Kata Zahid

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata isu mengenai kerajaan perpaduan tidak lagi berbangkit kini.

Ujarnya, isu berkenaan sudah ‘ditutup’.

“Tidak, isu kerajaan perpaduan dah tutup. Seperti yang saya jelaskan dalam ucapan penutup saya,” kata Zahid pada sidang akhbar selepas penutupan Perhimpunan Agung UMNO malam ini.

Isu kerajaan perpaduan hangat diperkatakan baru-baru ini selepas Zahid berkata UMNO mengalu-alukan cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan mana-mana parti politik, termasuk PKR.

Bagaimanapun, cadangan itu tidak dipersetujui pimpinan parti.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam ucapan penggulungannya hari ini menasihatkan parti itu tidak bermimpi ditawarkan jawatan atau menubuhkan kerajaan perpaduan.

UMNO tegasnya perlu berubah dan membuat sesuatu supaya kesilapan lalu tidak berulang.

“Jangan bermimpi lagi akan ada orang bawa tepak sirih untuk tubuhkan kerajaan.

“Walaupun sudah jatuh terjerumus, tidak bermakna kita tidak boleh bangun semula,” katanya.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki pula berkata parti itu tidak perlu menggunakan “pintu belakang” untuk mendapat kuasa. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.