VIDEO: PAU2018 Bukti UMNO Tidak Mati, Kata Perwakilan

KUALA LUMPUR: Sungguhpun Perhimpunan Agung UMNO 2018 (PAU2018) merupakan yang pertama sejak UMNO bergelar pembangkang, namun ‘mood’ serta semangat ahli dan perwakilan tetap tidak luntur.

AJK UMNO Semporna, Datuk Abdul Hajan Gurimbang, berkata beliau tetap kekal setia bersama parti malah lebih bersemangat untuk mendengar amanat Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi mencorak hala tuju parti selepas ini.

“Walaupun UMNO tidak lagi pegang tampuk pemerintahan tetapi perwakilan dari seluruh negara masih memberi sokongan, kehadiran masih memberangsangkan, UMNO masih diminati.

“Kita di peringkat akar umbi ternanti-nanti amanat Presiden mengenai hala tuju UMNO, sesuai dengan pengenalan Malaysia Baru, supaya UMNO lebih cemerlang dan boleh membawa agendanya sesuai dengan generasi Y,” katanya lagi.

Sementara itu bagi Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Ramlan Askolani pula, sungguhpun parti diuji apabila menyaksikan ramai pemimpinnya meninggalkan parti, namun kata beliau, kehadiran ahli serta penyokong pada PAU2018 membuktikan isu berkenaan tidak memberi kesan ke peringkat akar umbi.

“UMNO rasanya masih lagi diminati. Ini kerana ramai yang dilihat memohon pas pemerhati. Di peringkat akar umbi tidak tergugat walaupun pemimpin di peringkat atasan keluar parti,” katanya lagi.

UMNO-Barisan Nasional (BN) mengalami kekalahan mengejut dalam pilihan raya umum 9 Mei lepas, namun parti itu mempunyai kerusi paling banyak berbanding parti-parti lain, termasuk dari Pakatan Harapan (PH).

PAU2018 yang akan berlangsung selama dua hari sehingga esok (Ahad) merupakan persidangan pertama parti itu selepas pilihan raya Mei lepas dan dilihat akan menentukan hala tuju parti itu sebagai pembangkang. -SuaraTv

One thought on “VIDEO: PAU2018 Bukti UMNO Tidak Mati, Kata Perwakilan

  • September 30, 2018 at 2:20 pm
    Permalink

    da berkubur da..tk nampak ke? bongok? hancur lebur rosak … amin… korup kurap rakyat tolak da…tk pulih da…hancur ada lah …

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.