VIDEO: PAU2018:Tapak Jualan Tak Hilang Seri, Masih Meriah

KUALA LUMPUR – Sebagaimana tradisi saban tahun, salah satu tarikan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) adalah bazar jualan.

Dan seperti mana tahun-tahun sebelumnya, bazar atau tapak jualan di PAU pada tahun ini tetap meriah dengan kunjungan orang ramai yang mahu membeli pelbagai barangan tambahan pula harga yang ditawarkan lebih rendah berbanding jualan pada hari biasa.

Bagi Hairil Hazwan, beliau cukup teruja dengan sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung sungguhpun baru pertama kali berjualan di PAU.

“Ini merupakan kali pertama saya meniaga di PAU2018. Alhamdulillah sambutan orang ramai sangat menggalakkan di booth jualan. Sebab mungkin kita jual dengan potongan harga sekitar 50 sehingga 70 peratus.

“Tambahan pula kita menjual barangan keperluan. Pengunjung juga boleh jadikan barangan yang dibeli sebagai hadiah apabila pulang ke kampung masing-masing,” katanya yang meniaga sejadah, cadar dan sebagainya.

Pendapat yang sama turut disuarakan seorang lagi peniaga, Mohd Ridzwan.

Menurut Mohd Rizwan, beliau juga baru kali pertama berjualan di PAU, namun disebabkan sambutan yang menggalakkan, beliau berhasrat untuk menyertainya lagi pada tahun akan datang.

“Ini merupakan kali pertama saya meniaga.. InsyaAllah kalau ada peluang saya akan meniaga lagi. Ini pun dapat bantuan daripada pemuda UMNO Selayang.. secara tak langsung hasil meniaga ni dapat disalurkan kepada tabung UMNO Selayang,” katanya kepada SuaraTv.

PAU2018 berlangsung bermula semalam dan akan berakhir pada malam ini.

Kebiasaannya para pengunjung akan berpusu-pusu di tapak jualan pada hari terakhir untuk mengambil peluang membeli barangan yang ditawarkan pada harga yang jauh lebih murah. -SuaraTv

4 thoughts on “VIDEO: PAU2018:Tapak Jualan Tak Hilang Seri, Masih Meriah

  • October 1, 2018 at 8:19 am
    Permalink

    seri ke pudar ke.sama jer? korup tetap juga korup kurap! da hancur musnah rosak!! tak yah raih simpati lah..korang da junam rudum hancur …rakyat nyah korang dah rasuah takbur bongkak pasti terima hukuman seberat2nya.apa yg korup buat tk jadi apa pun??? padan muka!!

    Reply
  • October 1, 2018 at 8:24 am
    Permalink

    berkubur lah parti korup!!! bungkus lipat masuk tong sampah!! rosak dah.. byk kes akan susul .satu satu timbul betapa rakus korup dulu? 3 4 tahun sebutan kes korup tk selesai punya..? langit tinggi… ni la bala korup dapat masa pimpin dulu? amin cepat2 jatuh hukum pd yg korup2 dulu..

    Reply
  • October 1, 2018 at 8:28 am
    Permalink

    tk yah nk sedap ceta… pudar kusam mati musnah dah.. hancur rosak rudum junam korup… takbur bodoh sombong bongkak tongkat langit?? apa jadi ? terima lah apa korup rasuah dulu..! bye bye. musnah dah…

    Reply
  • October 1, 2018 at 8:30 am
    Permalink

    tengok dengar ceta korup dah menyampah meluat!.. nk pulih apa nya? rosak musnah hancur..hukum sebat gantung jer bagus!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.