“Maaf Tak Dapat Tahan Sebak….”

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak nyata tidak dapat menahan sebak ketika hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO (PAU2018) tahun ini.

Menulis di Facebook, Najib berkata beliau redha dengan ujian yang menimpanya, dan sedar bahawa beliau tidak keseorangan dalam mengharunginya.

“Maafkan saya tak dapat nak tahan sebak dan air mata tadi. Saya sabar, saya redha. Ini semua ujian oleh Allah. 

“Dan kini saya tahu saya tidak keseorangan, saya ada saudara-saudari semua di sisi saya memberi kekuatan dan sokongan. Moga Allah merahmati kita semua,” tulisnya.

Najib mula kelihatan sebak sebaik ucapan penggulungan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selesai, di mana ketika itu semua perwakilan diminta berdiri untuk menyanyikan Teman Sejati, dendangan kumpulan nasyid Brothers.

Ketika itu Najib yang berdiri di barisan ketiga bersama para perwakilan lain dilihat mula mengeluarkan air mata. 

Najib kini hanya memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Pekan.

Dalam satu posting berasingan, Najib meluahkan tekadnya untuk terus berjuang dan setia bersama UMNO.

“Selagi hayat dikandung badan, selagi masih bernafas dan roh dalam jasad, berjuanglah. Saya akan terus tetap bersama rakyat dan UMNO dulu, kini dan selamanya,” tulisnya lagi. -SuaraTv

2 thoughts on ““Maaf Tak Dapat Tahan Sebak….”

  • October 1, 2018 at 12:33 pm
    Permalink

    lakon wayang lebih..dulu kau tk sebak pun? napa? skru baru nk sebak poorah! tk usah raih simpati lah woi.. kau perosak segala2nya.. sedih konon? sebak konon?
    chit! tipu punya orang! bohong tipu .. buang masa layan dia ni??

    Reply
  • October 1, 2018 at 12:35 pm
    Permalink

    auta kari… lakon nk simpati?? pegidah@! hancai boncai..? korup..korup..kurap..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.