“Kita Janganlah Materialistik Sangat,” kata Fazura Kepada Janna Nick

SHAH ALAM – Beberapa hari lalu, heboh diperkatakan di media sosial apabila netizen memperkatakan tentang tawaran perkhidmatan ucapan ulang tahun Janna Nick dengan harga RM50.

Pelbagai respon diberikan daripada netizen berkenaannya. Tidak ketinggalan rakan selebirit sendiri juga menyuarakan pandangan, iaitu Fazura.

Seperti dilaporkan New Straits Time, menurut suri hati Fattah Amin ini, dia kurang senang dengan perbuatan meminta bayaran hanya untuk ucapan peribadi sebegitu. Tambahnya, perkara itu tidak adil kerana selebriti perlu meletakkan peminat sebagai prioriti.

“Kita janganlah materialistik sangat. Tak adil untuk minta orang bayar bagi benda macam ucapan sebegitu,” katanya.

Tambahnya lagi, mesej yang ingin disampaikan perlulah ikhlas dibuat, namun jika tidak mahu dilakukan, sepatutnya langsung tidak dibuat, bukan dengan meminta bayaran.

Tindakan berkenaan padanya seperti membebankan peminat dan seolah tidak ikhlas dipandang.

Kalau tak nak buat mesej peribadi sebegitu, jangan buat langsung. Jangan buat peminat terbeban dengan bayaran sedemikian. Nampak macam tak ikhlas pula di mata mereka.

Walaupun ramai yang mengecam, tidak kurang juga yang mendapatkan khidmat artis berkenaan untuk mendapatkan mengucapkan ucapan selamat untuk yang tersayang.-SuaraTv

One thought on ““Kita Janganlah Materialistik Sangat,” kata Fazura Kepada Janna Nick

  • September 30, 2018 at 4:44 pm
    Permalink

    sama jer kau ni!! nasihat konon? lebih sudu dari kuah!!! hancur bocai!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.