Biar Tun M Habiskan Tugas PM Lima Tahun

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu kekal memegang dan menggalas jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga habis tempoh penggal pentadbiran selama lima tahun, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Justeru katanya usaha beberapa pihak termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin mengambil alih jawatan tersebut dalam masa yang terdekat adalah tindakan yang tidak mengikut moral politik yang sepatutnya.

“Kita tidak mahu orang yang bernafsu memerintah kerana bimbang bila jadi pemimpin mereka tidak pegang amanah yang diberikan. Jadi biar perdana menteri sekarang tadbir negara selagi dia mampu untuk menjalankan tugas.

“Walaupun tak sebati (sependapat), kena bagi tempoh yang cukup dan jangan berhenti (mentadbir) tengah jalan kerana Tun Mahathir banyak pengalaman dan mampu untuk laksanakan tugas,” katanya kepada pemberita, di Kuala Nerang.

Ditanya mengenai kewajaran Anwar bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson dalam usaha menjadi perdana menteri, Abdul Hadi berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk membuat keputusan bagi menentukan siapa yang patut mentadbir negara.-SuaraTv

4 thoughts on “Biar Tun M Habiskan Tugas PM Lima Tahun

  • September 30, 2018 at 4:39 pm
    Permalink

    sokong tun m pimpin 5 tahun.
    .anwar tu kemaruk sangat ker? nk tanding untk apa? patut 5 tahun baru tanding? hari tu pd bukan fasal awak? fasal calon PH? awak dulu salah pun byk?
    kemaruk nk sangat2 ??? pd nasib tk baik bungkus lah hendaknya..amin bagi pas menang tolak pkr..ayuh rakyat pd undi pas amin..bagi pas menang tolak pkr???
    undi pas.
    undi pas..undi pas ..pas pasti menang punya…amin

    Reply
  • September 30, 2018 at 4:42 pm
    Permalink

    pas pasti menang….tolak pkr tamak haloba kemaruk…
    biar tun m ketua sampai habis penggal!!
    da kemaruk tiada moral adab politik kotor? tolak pkr….indi pas!!

    Reply
  • October 1, 2018 at 4:57 pm
    Permalink

    tun m yg bagus terbaik..org lain duk diam tk tahu tk yah sibuk2? usah campur urusan negara ..ada PM kabinet rakyat yg pilih!!! tk pandai tk tau dont brother! syabas tun m dn PH selamatkan malaysia dari rasuah.. kami sokong tun m.. yg tk tahu apa jgn busy body??? tk layak nilai tun m dn PH..

    Reply
  • October 1, 2018 at 4:58 pm
    Permalink

    selamat maju jaya tun m dn PH…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.