VIDEO: Anak Kecil Dibiar Kencing Dalam Botol Hilangkan Selera

SHAH ALAM – Baru-baru ini viral video di media sosial suami isteri membiarkan anak lelakinya berusia dalam lingkuangan 3 hingga lima tahun kencing dalam botol di khalayak orang awam di sebuah restoran.

Video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter itu dilaporkan berlaku di sebuah restoran yang terletak di Setia Alam.

“Kenapa ibu bapa ini sangat bodoh?!! Boleh sahaja kalau nak bawa anak lelaki kamu ke bilik air berbanding nak biarkan semua orang tengok budak itu kencing dalam botol sambil makan,” kata pengguna Twitter yang bertanggungjawab memuatnaik video berdurasi 0:05 saat itu.

Ketika kejadian itu berlaku, terdapat ramai pelanggan di restoran tersebut.

Menurut perakam, dia hilang selera selepas ternampak kejadian yang tidak sepatutnya berlaku itu.

Netizen di media sosial turut kesal dengan tindakan ibu bapa yang tidak bertamadun itu. Kata mereka, setiap premis disediakan tandas untuk kegunaan kakitangan sendiri ataupun pelanggan. Jadi, mengapa perlu melakukan perbuatan yang boleh meloyakan orang lain. -SuaraTv

One thought on “VIDEO: Anak Kecil Dibiar Kencing Dalam Botol Hilangkan Selera

  • September 30, 2018 at 2:18 pm
    Permalink

    bodoh bangang emak bapak dia ni.bodoh mcm unta..??? stupid ..!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.