Wak Doyok Terima 5 Tawaran Berlakon Filem

Selepas lakonannya dalam filem Abang Long Fadil 2 mendapat pujian, selebriti Wak Doyok menerima lima tawaran untuk membintangi filem.

“Alhamdulillah, lakonan saya dalam Abang Long Fadil 2 memberikan impak yang sangat positif. Saya menerima lima tawaran lakonan tetapi semuanya masih dalam perbincangan.

“Apa yang boleh dikatakan, saya masih belum bersedia untuk kembali ke set penggambaran kerana buat masa ini, saya sedang sibuk dengan perniagaan.

“Saya tak boleh terima tawaran ‘on the spot’ dan harus memikirkannya terlebih dahulu. Bidang lakonan perlu komitmen dan saya tidak mahu berlakon dalam keadaan tegesa-gesa dan tidak fokus.

“Setakat ini, komitmen perniagaan seperti tidak mengizinkan. Namun begitu, saya akan meneliti kembali tawaran tersebut. Jika berkesempatan, Insya-Allah saya akan kembali ke set penggambaran,” katanya, lapor Gempak.

Dalam perkembangan lain, Wak juga bakal meluaskan empayar ke Indonesia menerusi produk krim jambang jenamanya sendiri.

“Alhamdulillah, perniagaan saya semakin mendapat maklum balas positif. Saya sudah memasarkannya di Jakarta dan mendapat respon yang sangat baik. Insya-Allah, saya akan meluaskan lagi rangkaian perniagaan di sana,” katanya 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.