Video : ‘Saya Tidak Mempunyai Jari’ – Jurugambar

Seorang jurugambar dari Indonesia yang tidak mempunyai jari dan kaki mampu mengambil gambar dengan sangat baik.

Perkongsian daripada Al Jazeera ini mendedahkan, lelaki yang dikenali dengan nama Dzoel itu menjadi tular kerana cerita kegigihannya sebagai seorang jurugambar walaupun tidak memiliki pancaindera yang sempurna.

“Saya tidak mempunyai jari dan saya menekan kamera menggunakan wajah saya,”katanya.

Video perkongsian dari Al Jazeera itu mendapat 1822 like dan 1763 perkongsian sejak semalam dimuat naik di laman mikro twitter.

Menerusi video itu kelihatan Dzoel menggunakan kenderaan pacuan empat roda bagi orang kurang upaya ke mana-mana sahaja destinasi yang dia ingin pergi tanpa bantuan daripada sesiapa.

Dia yang sangat mahir menggunakan kereta khas itu juga akan pergi ke satu tempat yang jauh untuk menyelesaikan segala urusan hariannya sebagai jurugambar.

Jika tidak, dia juga akan berjalan ke kawasan berdekatan untuk mengambil shot menarik untuk dikongsikan dalam laman sesawangnya.

Dia yang mahir menggunakan photoshop juga akan mengambil gambar- gambar seperti pra perkahwinan dan lanskap keindahan alam yang menjadi tuntutan kepada kerjayanya sebagai jurugambar.

Disamping itu, dia turut memberikan taklimat penggunaan kamera dalam kelasnya kepada sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan khidmat nasihat berhubung kerjaya sebagai jurugambar.

Rata-rata berasa sangat kagum dengan semangat yang ditunjukkan anak muda yang berusia 20 an itu.

Caroline H menulis, ” Saya mahukan kisah Dzoel, menjadi inspirasi. Terima kasih.

“Kesungguhannya membolehkan dia mendapat kejayaan yang luar biasa,”tulis shirley.

“Wow jurugambar yang gigih… semoga tuhan memberkatimu,”kata irinia.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.