Rosmah Lancar Misi Bantuan Banjir Ke Utara

Seramai 400 sukarelawan Selute Malaysia berlepas ke Kedah dan Perlis, hari ini bagi menjayakan konvoi Misi Pascabantuan Banjir Ke Utara 2017.

Ketua misi, Datuk Rizal Mansor, berkata konvoi bergerak secara berperingkat-peringkat membabitkan 103 kenderaan pacuan empat roda dan dua buah bas.

“Misi ini melibatkan Kedah dan Perlis bermula hari ini hingga 1 Oktober

“Misi ini juga melibatkan 53 buah pacuan empat roda dengan konvoi dari zon tengah, selatan dan timur, dan akan bergabung lagi dengan 50 buah dari utara bersama dua bas.

“Jumlah yang terlibat 400 orang,” kata Rizal yang juga Presiden Kumpulan Salute Malaysia.

Rizal berkata demikian selepas menyaksikan majlis pelancaran misi bantuan itu di Pusat Konvensyen Sime Darby, di Kuala Lumpur, hari ini.

Mengulas lanjut Rizal berkata, misi tersebut memberi fokus kepada bantuan fizikal, pembersihan rumah serta menyampaikan makanan kepada mangsa banjir di kedua-dua negeri berkenaan.

 

Baru-baru lebih 3,000 mangsa banjir kilat melibatkan Kedah dan Perlis awal bulan lalu.

Ia berlaku selepas Pulau Pinang mengalami masalah sama.

Majlis pelepasan disempurnakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.-Malaysiakini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.