Rasuah Bagi Bekal Al-Quran

Jakarta – Seorang ahli politik dihukum penjara empat tahun selepas didapati bersalah menerima rasuah berkaitan projek kerajaan untuk membeli al-Quran pada 2012.

Mahkamah Rasuah kelmarin turut mengarahkan Fahd El Fouz daripada Parti Golkar membayar denda berjumlah Rp200 juta (RM14,858), lapor Metro.

Fahd didapati bersalah menerima Rp14.3 bilion (RM1.1 juta) daripada pengarah PT Sinergi Pustaka Indonesia, Abdul Kadir Alaydrus, syarikat yang dilantik kerajaan bagi membekalkan al-Quran.

Dia bersama seorang lagi bekas ahli politik Golkar, Zulkarnaen Djabar mempengaruhi kementerian untuk memilih syarikat itu menjadi pembekal.

“Kami mendapati Fahd El Fouz bersalah kerana menerima rasuah,” kata ketua hakim, Hariono yang dipetik Kompas.com.

Mahkamah dilaporkan turut mempertimbangkan tindakan Fahd yang menyerahkan semua wang rasuah yang diterimanya kepada kerajaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.