Pengkid Menyamar Lelaki, Nikah Seorang Gadis Akhirnya Penipuan Terbongkar Pada Malam Pertama

Tertipu. Seorang gadis, Syarifah Nurul Husna yang berusia 20 tahun telah diperdaya oleh seorang pengkid yang menyamar sebagai lelaki untuk mengahwininya. Penipuan itu terbongkar pada malam pertama pasangan berkenaan menjadi pengantin.

Pengkid berkenaan, Rahyamani, 26, mengaku seorang lelaki dan memperkenalkan dirinya sebagai Rahmat Yani di saat dia berkenalan dengan Syarifah menerusi Facebook dan tidak pernah bertemu sebelum itu.

Kejadian ini berlaku di Sulawesi Selatan.

Pengkid itu juga mengaku dia adalah ahli perniagaan dan berjaya menipu Syarifah serta orang tuanya iaitu Amri dan Syamsudar.

Sepanjang mereka bercinta itu, Rahmayani selalu mengirim hadiah kepada orang tua Syarifah mengakibatkan kedua-duanya terpesona dengan pengkid itu, yang disangka mereka adalah lelaki.

Rahmat hanya bertemu Syarifah dan ibu bapanya Amri serta Syamsudar saat dia mahu membincangkan mengenai majlis perkahwinan mereka.

Ketika merisik untuk berkahwin dengan Syarifah, Rahmad hanya datang sendirian dan menipu bahawa ibunya tidak merestui hubungannya dengan Syarifah serta mahu mengahwinkan Rahmad dengan gadis lain.

Berikutan itu, Rahmad mahu mengadakan majlis angkat nikah dulu manakala perkahwinan besar-besaran akan diadakan selepas proses pernikahan itu selesai.

Demi kekasihnya yang disangka lelaki itu, Syarifah turut menjual motorsikalnya demi membantu Rahmad.

Pada hari pernikahan pula, meskipun ada yang curiga dengan suara lembut Rahmat namun proses pernikahan diteruskan. Pada malam pertama, ketika Syarifah dan Rahmad `bersama’, Syarifah mula curiga.

Ini kerana alat kelamin `suaminya’ itu tidak seperti lelaki, tetapi Syarifah hanya mendiamkan dirinya.

Bagaimanapun semuanya terbongkar apabila Syamsudar secara tidak sengaja memasuki bilik pengantin dan ketika itu Rahmat sedang mandi.

Syamsudar terkejut apabila melihat pakaian dalam Rahmat.

“Apa itu” Kenapa ada begitu,” soal Syamsudar apabila melihat `alat kelamin’ palsu Rahmat terlekat pada seluar dalamnya. Apa lagi kecoh satu rumah.

Dan kebetulan ketika itu ketua kampung berkunjung ke rumah mereka dan dia dimaklumkan mengenai `keanehan’ Rahmat. Ketua kampung, Syamsudar dan Syarifah kemudiannya menyoal Rahmat.

Selepas mereka mendapat jawapan bahawa Rahmat adalah perempuan, mereka telah membawanya ke balai polis.

Bagaimanapun Rahmat berjaya melepaskan diri, demikian lapor Tribune News.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.