Penggumuman Mengenai Pusat Tahfiz Pada Bajet 2018

Kedudukan pusat tahfiz di seluruh negara akan diumumkan menerusi pembentangan Bajet 2018 pada Oktober ini yang mengambil kira aspek keselamatan sebagai keutamaan.

Pengumuman sesuatu itu antara lain akan membabitkan aspek menaiktaraf pusat tahfiz sekali gus membendung sebarang kejadian tidak diingini berlaku, lapor metro.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pada belanjawan akan datang, kerajaan akan mengumumkan sesuatu berhubung kedudukan institusi tahfiz ini.

“Kita ambil maklum bahawa perkembangan tertentu kesan daripada peristiwa menyedihkan di maahad tahfiz Kampung Datuk Keramat (Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah), maka Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyarankan perlu langkah tegas daripada kerajaan.

“Kita akan mengutamakan soal keselamatan pelajar berbanding aspek lain iaitu kurikulum dan sebagainya, aspek lain ini boleh kita perbaiki kemudian namun fokus adalah kepada keselamatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata, senarai nama sebahagian calon untuk Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) sudah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai langkah awal.

“Sebahagian nama kita sudah serahkan kepada SPRM, namun buat masa ini belum sampai tahap untuk kita tengok senarai akhir calon ini.

“Penyerahan senarai nama ini hanya dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) saja. Tiada parti lain yang mengambil inisiatif ini,” katanya.

Beliau turut mengakui bahawa selepas sambutan 60 tahun Kemerdekaan dan kemenangan pasukan Malaysia dalam Sukan Sea mengubah landskap politik dan ‘mood’ menjadi lebih positif.

“Momentum positif ini kita akan kekalkan dan sudah tentu rakyat mahu melihat apa yang kerajaan ingin lakukan ketika pembentangan Bajet 2018 nanti. Semua cadangan saya perhalusi sama ada daripada pemimpin MT ataupun orang awam.

“Dalam pembentangan Bajet 2018 ini, kita tidak boleh jadi ‘populis’ sebaliknya perlu berlandaskan kepada hakikat sebenar,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.