Miley Cyrus Beralih Ke Lagu Balada Country

NEW YORK – Dari seorang pelakon kanak-kanak TV kepada sensasi media, kini penyanyi Miley Cyrus sedang menjenama diri semulanya lagi.

Dengan album baharunya, “Younger Now,”yang keenam dalam kariernya, penyanyi berusia 24 tahun itu beralih ke muzik balada ¨country¨ – muzik seperti bapanya, penyanyi Billy Ray Cyrus, lapor RTM.

Album”Younger Now,” bermula dengan lagu yang mana Cyrus mengisytiharkan bahawa beliau tidak menyesal apa yang beliau lakukan sepanjang hidupnya.

Cyrus telah menjalani beberapa transformasi dramatik semasa karier yang penuh publisiti.
“Saya tidak takut siapa yang dulu / Tidak ada yang tetap sama,” Cyrus menyanyi, sambil menambah: “Saya berasa lebih muda sekarang.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.