KRU Bakal Adakan Konsert Ulangtahun Ke 25 Di Istana Budaya

KUALA LUMPUR – Kumpulan KRU akan mengadakan konsert untuk menyambut ulangtahun ke 25 bagi kumpulan KRU yang dinamakan sebagai “KRU25” yang akan diadakan pada 4hb, 5hb dan 6hb Mei 2018 di Istana Budaya, Kuala Lumpur

Kumpulan KRU yang terdiri daripada saudara adik beradik, Norman, Yusry dan Edry, membuat kenyataan rasmi menerusi Facebook rasmi Norman Abdul Halaim

Digelar sebagai “KRU25″, konsert ini adalah istimewa dan berbeza dengan konsert-konsert KRU yang lain kerana turut disampaikan melalui penceritaan walaupun majoriti segmen persembahan tetap berbentuk nyanyian seperti konsert bagi mengembalikan kenangan dan nostalgia peminat-peminat KRU dari dulu hingga kini, lapor RTM.

Menurut Dato’ Norman Abdul Halim selaku Penerbit Eksekutif KRU25 “Pemilihan lokasi Istana Budaya adalah amat sesuai dengan konsep persembahan yang ingin disampaikan oleh kami”.

Selain pentas, sistem bunyi dan penataan cahaya yang dinaik-taraf, suasana eksklusif di Istana Budaya juga akan memberi keselesaan kepada penonton bagi menghayati konsert selama 2 jam ini. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.