Kes Sumbang Mahram di Sarawak Membimbangkan – Rohani

Kes sumbang mahram di Sarawak amat membimbangkan dan perlu ditangani segera, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Beliau berkata berdasarkan rekod, sebanyak 3,272 kes telah dilaporkan sejak 2006 hingga 2015 dan daripada jumlah itu, majoriti mangsa kes sumbang mahram adalah berumur 13 hingga 15 tahun.

“Ini bukanlah angka yang membanggakan. Keadaan ini perlu ditangani segera,” katanya dalam kenyataan hari ini sempena Program Bersaup Segulai Sejalai@LPPKN bersempena Jelajah Negaraku Keluarga Bahagia KPWKM peringkat negeri itu di Rumah Panjang Remi di Betong, Sarawak.

Menerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), kerajaan giat mengadakan pelbagai program termasuk turun padang ke sekolah-sekolah di Sarawak dalam usaha memberi kesedaran berkenaan masalah sumbang mahram antaranya menjalankan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Pekerti).

Sehingga kini, berdasarkan rekod LPPKN Sarawak, bermula 2014 hingga 2016 sebanyak 210 program tersebut telah dijalankan di sekolah-sekolah di Sarawak dengan memberi manfaat kepada 23,986 pelajar iaitu 10,235 lelaki dan 13,751 perempuan.- Bernama

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!