‘Iron Lady’ : Datuk Maznah Kini Stabil

Keadaan Datuk Maznah Hamid atau lebih dikenali Iron Lady dilaporkan semakin stabil.

Namun, menurut sumber terdekat keluarga Datuk Maznah, pihak hospital kini masih memantau keadaan Maznah untuk tindakan lanjut.

“Alhamdulillah setakat ini semakin stabil, kena tunggu 24 jam kalau semua keadaan stabil, mereka (kakitangan hospital) akan mula membuat pemeriksaan ke atas otaknya dan lain-lain, dan kemungkinan dia akan kena dialisis,” kata sumber, memetik MH.

Ikon wanita itu telah menjalani tiga kali pembedahan dalam masa sehari.

“Banyak darah hulang antara sebab mungkin dia kena buat dialisis,” jelas sumber itu lagi.

Sebelum ini, Sinar melaporkan Maznah berada dalam keadaan kritikal berikutan berlaku komplikasi pendarahan dalaman selepas pembedahan jantung semalam.

Ikon wanita itu melakukan pembedahan jantung di Institut Jantung Negara (IJN) selepas dua saluran jantungnya mengalami masalah.

Umum mengetahui nama Datuk Maznah tidak asing lagi dalam dunia perniagaan. Beliau merupakan wanita pertama yang mengetuai sebuah syarikat keselamatan yang dikenali Securiforce.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.