Duterte Mahu Lebih Mesra Dengan Amerika

Bagi menyelesaikan konflik Marawi, Presiden Filipina Rodrigo Duterte mendakwa telah berusaha menjalinkan pendekatan lebih “mesra” dengan Amerika Syarikat (AS).

Jika dahulu Duterte sering mengkritik dan merendahkan Kerajaan AS, tindakan itu diambil kerana hal ehwal Filipina sering diganggu negara kuasa besar itu.

Bagaimanapun, Duterte berkata Amerika Syarikat “lebih baik”.

“Terdapat banyak sebab yang berkaitan dengannya, tetapi sekarang saya mahu menjadi lebih mesra dengan AS sekarang,” kata Duterte, dalam ucapannya pada Khamis.

“Walaupun ada pengalaman yang tidak menyenangkan, saya rasa Amerika Syarikat jauh lebih baik sekarang,” katanya.

Duterte kemudian menyebut bantuan AS yang diberikan kepada Filipina sejak beberapa tahun yang lalu dan bagaimana Filipina benar-benar harus bersyukur dengan perkara itu.

Dia juga menyebut bahawa AS juga terlibat dalam membantu usaha memerangi pengganas di Marawi City.

“Saya tidak mahu mengatakan bahawa AS adalah wira kita, tetapi Amerika Syarikat adalah sekutu kita dan mereka akan membantu kita,” kata Duterte.

Terdahulu, semasa pemerintahan Barack Obama, Duterte sering menyatakan kenyataan keras terhadap Kerajaan AS.

Ia dicetuskan oleh kritikan Obama terhadap dasar Duterte yang menghukum penjenayah dadah di negaranya, yang telah membunuh beribu-ribu orang di Filipina.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.