Bintang Manchester City, Sergio Aguero Terbabit Kemalangan

Bintang Manchester City, Sergio Aguero, dilaporkan cedera selepas terbabit dalam satu kemalangan awal pagi, kelmarin.

Beberapa portal antarabangsa melaporkan, Aguero terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari menghadiri sebuah konsert di Amsterdam.

Kereta yang dipandunya dilaporkan terbabas dan merempuh sebatang tiang di tepi jalan.

Menurut laporan media antarabangsa, Aguero bernasib baik kerana memakai tali pinggang keledar ketika kejadian.

Belum ada sebarang pengesahan daripada pihak pengurusan kelab, namun Aguero dikatakan mengalami kecederaan di bahagian rusuk dan berkemungkinan perlu berehat untuk tempoh sekurang-kurangnya dua bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.