Bekas Imam Tidak Mengaku Salah Cabul Anak Jiran

AMPANG ― Seorang bekas imam sebuah surau mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan sentuhan seksual fizikal terhadap tiga kanak-kanak, minggu lalu.

Wan Zakaria Wan Dollah 72, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa, termasuk dua beradik berusia tujuh dan sembilan tahun, lapor Metro.

Warga emas itu dituduh melakukannya antara jam 4 petang hingga 8 malam di rumahnya dekat Dataran Sungai Sering Bukit Antarabangsa, 8 September lalu.

Pesara pengawal keselamatan itu didakwa bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan disebat. Namun mahkamah membenarkan tertuduh dijamin RM10,000 oleh seorang penjamin.

Wan Zakaria juga diarah melapor diri di balai polis berdekatan, minggu pertama setiap bulan dan tidak dibenar menganggu mangsa.

Majistret Syafeera Mohd said menetapkan 31 Oktober sebagai tarikh sebutan semula kes

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.