Video: Ramai Ahli Baru UMNO Tapi Tak Keluar Surat Khabar, Kata PM

KUALA LUMPUR – UMNO menerima 6,000 keahlian baru, Ogos lalu namun tidak dilaporkan di muka depan surat khabar sepertimana laporan yang dibuat ke atas parti yang menerima keahlian baharu seramai 30 orang.

 

 

Menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia sebagai perbandingan hakikat bahawa UMNO masih mendapat sambutan daripada rakyat.

 

 

 

 

“Seramai 374 ahli biasa, 731 Wanita, 2,716 Pemuda dan 2,179 Puteri. Saya sebut perkara ini kerana ada parti yang dapat 30 keahlian baru, di paparkan di muka surat depan akhbar, jadi saya nak beritahu UMNO dapat enam ribu (ahli baru) tapi tak keluar muka depan surat khabar.

 

 

“Ini menunjukkan hakikat sebenar bahawa UMNO masih lagi diterima ramai,”katanya semasa sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, petang tadi.

 

 

Tambahnya, kemenangan pro aspirasi di 12 universiti merupakan gambaran positif dasar kerajaan diterima generasi muda.

 

 

Dalam perkembangan lain, beliau mengulas mengenai isu persempadanan semula, Datuk Seri Najib memberitahu MT UMNO akan membuat cadangan balas Setiausaha Agung UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor dan akan diselaraskan ke semua bahagian di negeri-negeri untuk dikemukakan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

 

 

Katanya, SPR mula mempamerkan Syor Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah selama sebulan sehingga 14 Oktober ini.

 

 

Tambahnya, UMNO pada prinsipnya bersetuju dengan cadangan Pengerusi Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik (JKNMPP), Datuk Paul Low Seng Kuan terhadap satu akta baharu iaitu penggubalan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik bagi menangani isu berkaitan politik wang yang telah lama wujud.

 

 

Tahun lalu, Datuk Seri Najib menjadi tumpuan berhubung isu RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadinya namun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan ia sumbangan penderma.

 

 

Susulan itu, Datuk Seri Najib menubuhkan JKNMPP pada 14 Ogos tahun lalu dalam usaha membuat penambahbaikan bagi memenuhi keprihatinan orang ramai berhubung isu integriti dalam pembiayaan politik.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.