Video: Perhimpunan Agung Umno Bermula 1 Disember Ini

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO 2016 (PAU2016) akan bermula pada 1 hingga 3 Disember ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

 

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, PWTC, di sini, petang tadi berkata, taklimat Presiden akan diadakan pada petang 29 November diikuti perasmian sayap parti pada sebelah malamnya.

 

 

 

“MT juga memutuskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan merasmikan persidangan serentak pada malam itu.

 

“Pada Rabu akan diadakan persidangan sayap diikuti mesyuarat Majlis Tertinggi Khas pada malam itu.

 

“Perhimpunan UMNO akan bermula pada 1 sehingga 3 Disember, itu jadualnya,” katanya.

 

Jelasnya lagi, MT juga telah menerima beberapa pandangan untuk Bajet 2017 dan akan diambil kira mengikut kewangan Kerajaan.

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.