Video: Penterjemah Jerman Tak Faham, Saya Cakap Lain – Najib

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak akan ditangguhkan sehingga 2018.

 

Beliau mengulas mengenai  kesilapan terjemahan yang dilakukan oleh penterjemah agensi berita semasa beliau berada di Jerman mengenai pandangannya berhubung tarikh mengadakan pilihan raya yang di salah lapor.

 

 

 

 

“Pengalih bahasa Jerman itu tidak faham. Saya kata, election are not due until 2018 (pilihan raya tidak akan ditangguhkan ke 2018). Bukan bermakna pilihan raya akan ditangguhkan sehingga 2018. Jadi dia salah translate (terjemah) tu,” katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di sini, hari ini.

 

 

Sebelum ini, sebuah agensi berita Jerman telah memetik Najib sebagai berkata bahawa pilihan raya tidak akan diadakan sebelum 2018.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.