Video: Misteri Bau Busuk, Jiran Temui Mayat Suami Isteri

Pulau Pinang- Mayat sepasang suami isteri dalam keadaan berlumuran darah ditemui dalam sebuah bilik di rumah sewa mereka di Taman Machang Bubuk, petang semalam.

 

 

Kejadian itu disedari kira-kira jam 5.45 petang apabila jiran pasangan berkenaan, menghidu bau busuk dan memaklumkannya kepada polis.

 

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata, mayat lelaki berusia 51 tahun dan isterinya, 35 tahun, ditemui berdekatan antara satu sama lain dalam sebuah bilik yang berkunci.

 

 

“Pemeriksaan ke atas bilik itu mendapati pintu dan tingkap bilik berkenaan ditampal dengan pita pelekat sebelum mereka dipercayai melepaskan gas memasak daripada dua buah tong gas di dalam bilik berkenaan”

 

 

“Usaha mengesan waris mangsa sedang dilakukan bagi membantu siasatan berikutan mereka hanya tinggal berdua di rumah itu. Setakat ini, polis mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut,” katanya.

 

 

Mayat pasangan itu dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.