Video : Jika Saya Tweet Tentang Sukan, Semua Orang Suka – Najib

KUALA LUMPUR – “Sukan menaikkan mood semangat negara. Saya tahu, setiap kali saya ‘tweet’ tentang sukan saya dapat respon berlipat ganda. Kalau saya ‘tweet’ politik kurang dapat sambutan. Bila menang, (satu-satu acara) semua nak cuti hari esok, ini bermakna sukan begitu popular,”kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis penghargaan wira dan wirawati Olimpik dan Paralimpik Rio 2016, di PWTC, anjuran parti itu di sini hari ini.

 

 

Najib berkata, kerajaan mahu semua rakyat Malaysia perlu terus menerus memberi penghargaan kepada para atlet yang cemerlang berikutan pencapaian mereka yang luar biasa.

 

 

“Saya juga mahu ceritera mereka dijadikan sebagai iktibar kepada kita, juga sebagai rangsangan dan inspirasi kepada kita bukan sahaja sebagai ahli sukan tetapi kualitinya, nilainya, pengorbanannya, dedikasinya, fokus dan komitmennya.

 

 

“Kalau mereka boleh berjaya dalam bidang sukan, bermakna mereka juga boleh berjaya dalam politik dan semua lapangan lain. Saya juga nak supaya kejayaan mereka itu sebagai batu loncatan untuk kita meraikan kejayaan lebih besar dalam bidang sukan,”ujarnya.

Terdahulu, kesemua atlet yang memenangi pingat pada Sukan Olimpik dan Paralimpik Rio 2016 diberi penghargaan khas oleh UMNO.

 

Atlet yang memenangi pingat emas menerima hadiah wang tunai RM30,000, manakala pemenang pingat perak memperoleh RM20,000 dan RM10,000 bagi pingat gangsa.-SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.