Turki Cadang Perintah Darurat Setahun

ANKARA – Turki cadang perintah darurat dilaksanakan sekurang-kurangnya setahun selepas cubaan rampasan kuasa Julai lalu, kata Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

 

AFP melaporkan, saranan itu dikemukakan sehari selepas mempengerusikan mesyuarat badan keselamatan tertinggi kebangsaan, yang dipanggil untuk melanjutkan perintah darurat semasa yang bakal tamat Oktober ini.

 

“Tempoh tiga bulan tidak mencukupi. Turki memilih untuk melanjutkan perintah darurat selama tiga bulan lagi. Mungkin 12 bulan (tempoh darurat) tidak mencukupi,” katanya dalam ucapan di televisyen.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.