Kebimbangan Lulusnya Rang Undang-Undang 11 September

Kementerian Luar Arab Saudi berkata, kelulusan rang undang-undang 11 September yang diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat menjadi kebimbangan besar kerana keluarga-keluarga mangsa boleh menyaman negara itu.

 

 

Semalam, Kongres Amerika Syarikat mengundi bagi meluluskan undang-undang membenarkan hampir 3,000 keluarga yang menjadi mangsa keganasan serangan itu untuk saman.

 

 

Undian yang dibuat itu bagi mengatasi kuasa veto Presiden Barack Obama.

 

 

Dalam kejadian 11 September 2001 itu, 15 daripada 19 penyerang adalah warga Arab Saudi. Namun Arab Saudi menafikan peranannya.

 

 

Kementerian Luar Arab Saudi dalam kenyataannya berkata: “Penghakisan kekebalan berdaulat akan memberi kesan yang negatif ke atas semua negara, termasuk Amerika Syarikat.”

 

 

Sementara itu, Obama menyifatkan kelulusan rang undang-undang itu sebagai “rujukan berbahaya” kerana ia juga boleh “mendedahkan Amerika Syarikat kepada liabiliti dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan di seluruh dunia”

 

 

Sementara itu, pemimpin-pemimpin parti Republikan mahu Kongres menimbang semula undang-undang itu.

 

 

Pemimpin Senat, Mitch McConnell mengakui pembuat undang-undang tidak memahami akibat yang mungkin dihadapi berikutan meluluskan undang-undang tersebut.

 

 

“Semua orang sedar yang benefisiari mungkin diperoleh tetapi tiada siapa yang benar-benar telah memberi tumpuan kepada kekangan yang timbul dari segi hubungan antarabangsa,” kata McConnell.-MG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.